fbpx

Operasi feri Langkawi dari Kuala Kedah ditutup sehingga lusa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan

ALOR SETAR – Operasi feri Langkawi dari Terminal Penumpang Kuala Kedah ditutup sementara sehingga lusa berikutan amaran angin kencang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Pengurus Besar Konsortium Ferry Line Ventures Sdn. Bhd., Kapten Dr. Baharin Baharom berkata, tindakan itu terpaksa diambil demi keselamatan penumpang dan feri.

Katanya, sejak kelmarin, seramai 12,532 penumpang yang telah membeli tiket untuk keluar dan masuk ke Langkawi terjejas setelah perkhidmatan feri terpaksa dibatalkan akibat angin kencang dan laut bergelora.

“Feri tambahan akan diaktifkan melalui Terminal Feri Kuala Perlis, bergantung kepada keupayaan terminal menerima feri pada satu masa.

“Semua itu bergantung kepada kelulusan menerusi penilaian dibuat Jabatan Laut (JLM) terhadap kemampuan terminal feri tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI