fbpx

Loki Skywalker gagal dapat pasport

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Christian Mowbray bersama isteri dan anak-anaknya. - Mail Online

LONDON  – Seorang lelaki di England berputih mata apabila terpaksa membatalkan percutian bersama keluarga selepas anak lelakinya gagal mendapatkan pasport disebabkan masalah hak cipta, lapor portal Mail Online semalam. 

Permohonan pasport untuk anaknya, Loki Skywalker Mowbray  yang lahir pada 4 Mei lalu ditolak oleh Pejabat Dalam Negeri kerana melanggar hak cipta. 

Christian Mowbray, 48, berkata, dia telah diminta untuk menukar nama anaknya atau mendapatkan kebenaran daripada pemilik hak cipta, Disney jika mahu mengekalkan nama tersebut. 

Skywalker merupakan nama bagi watak fiksyen filem Star Wars yang dimiliki oleh Disney.

“Kami tidak sedar bahawa nama ini boleh menjadi isu.

“Kami faham bahawa nama tengahnya mempunyai hak cipta tetapi kami tidak berhasrat menggunakannya untuk kepentingan peribadi,” kata Mowbray.

Dia dan isterinya berpendapat bahawa adalah satu penghormatan untuk menamakan anak mereka Skywalker memandangkan keluarga tersebut adalah peminat setia siri filem Star Wars.

Menerusi e-mel yang memperincikan penolakan itu, Pejabat Dalam Negeri menyatakan bahawa nama tersebut mengandungi elemen berkaitan cap dagangan atau hak cipta, menyebabkan  Loki Skywalker dinafikan pasport.

Keluarga berkenaan sebelum ini merancang untuk bercuti di Republic Dominica. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI