fbpx

Lima ahli GISBH disyaki cuba ke Thailand direman tujuh hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kenderaan yang dirampas selepas menahan empat lelaki disyaki ahli GISBH di sempadan Bukit Kayu Hitam, Kubang Pasu, Kedah, semalam.

KUALA LUMPUR – Lima lelaki disyaki ahli GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) ditahan di Bukit Kayu Hitam, Kedah, semalam, direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, permohonan reman ke atas kesemua lelaki berusia 30 hingga 41 itu dibuat di Mahkamah Shah Alam, hari ini.

“Mereka direman tujuh hari bermula hari ini (Khamis) sehingga Rabu hadapan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2022,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Semalam, Kosmo! melaporkan polis menahan lima lelaki termasuk merampas kenderaan mempunyai lambang GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) di sempadan Bukit Kayu Hitam, Kubang Pasu, Kedah.

Penahanan itu susulan Unit Risikan Sempadan Zon Utara memeriksa kenderaan jenis rekreasi (motorhome) serta kereta jenis perodua Myvi sekitar pukul 6 petang.

Kelima-lima yang ditahan berusia antara 28 hingga 41 tahun dan kenderaan digunakan turut dirampas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI