fbpx

Koordinasi PBT, Majlis Landskap Negara atasi pokok tumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

SHAH ALAM – Koordinasi semua pihak termasuk Majlis Landskap Negara dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu dilaksanakan dalam mengatasi kes kejadian pokok tumbang akibat angin kencang atau ribut.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini termasuk dalam usaha jangka panjang dengan menggunakan kaedah tertentu berbanding menebang.

Katanya, ini kerana gabungan koordinasi tersebut mempunyai kepakaran masing-masing dalam aspek pemuliharaan dan penjagaan pokok-pokok itu.

“(Tambahan) pokok-pokok yang sudah tua dan mempunyai nilai tumbuhan yang perlu dipertahankan. Namun dari segi praktikal, kita harus melihat bagaimana usaha jangka panjang perlu dibuat untuk tidak menebang.

“Tetapi guna kaedah tertentu supaya pokok yang ada di sana dan tidak memudaratkan kepada masyarakat yang berada di sekitar atau melalui kawasan berkenaan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Kosmo! semalam kejadian ribut mengakibatkan dua pelancong China maut apabila kenderaan dinaiki dihempap pokok di Lebuh Gereja, George Town Pulau Pinang.

Turut maut seorang wanita berbangsa Kemboja di Pantai Penunjuk, Kijal, Terengganu juga akibat dihempap pokok.

Dalam pada itu, sebanyak 79 kes pokok tumbang dibadai ribut kuat di Sik, Kedah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI