fbpx

Keterangan bercanggah, Guan Eng buat laporan polis terhadap saksi utama pendakwaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Guan Eng ketika hadir di Mahkamah Sesyen hari ini. Foto oleh Amir Khalid/Kosmo!

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu, Lim Guan Eng membuat laporan polis terhadap saksi utama kes terowong dasar laut Pulau Pinang, Datuk Zarul Ahmad Mohd. Zulkifli kerana didakwa memberi keterangan bercanggah pada perbicaraan kes tersebut.

Dalam perkembangan sama, Zarul Ahmad memaklumkan beliau juga dinasihatkan oleh peguamnya untuk membuat laporan polis terhadap Guan Eng berhubung dakwaan konspirasi untuk memberi keterangan palsu bagi menjatuhkan Pengerusi DAP itu.

Terdahulu, peguam Haijan Omar yang mewakili bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, anak guamnya membuat laporan polis pada 23 Ogos lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini.

Menurut beliau, Ahli Parlimen Bagan membuat laporan itu lanjutan daripada satu laporan polis seorang individu yang mendakwa diugut oleh pihak tertentu supaya memberi keterangan palsu terhadap anak guamnya.

Haijan memberitahu, individu berkenaan membuat laporan polis pada 19 Jun lalu kerana khuatir diapa-apakan jika enggan memberi keterangan palsu terhadap Guan Eng.

“Anak guam saya membuat laporan kerana percaya kedua-dua keadaan itu (percanggahan saksi dan laporan polis individu tersebut) menunjukkan wujud pihak tertentu yang mahu menganiaya beliau dengan tuduhan tidak berasas,” katanya.

Haijan membangkitkan isu berkaitan laporan polis itu pada prosiding mencabar kredibiliti Zarul Ahmad yang merupakan saksi penting pendakwaan dalam kes rasuah terowong dasar laut Pulau Pinang.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI