fbpx

Fasiliti pengilangan insulin dan vaksin pertama di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled (tengah) melakukan gimik Perasmian Fasiliti Pengilangan Insulin dan Vaksin di Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd di Puchong, Selangor hari ini. - Foto oleh FARIZ RUSADIO / KOSMO!

PUCHONG – Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga) yang merupakan anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) melancarkan fasiliti pengilangan insulin dan vaksin yang pertama di negara ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, fasiliti membabitkan pelaburan kira-kira RM300 juta itu berkeupayaan mengeluarkan insulin dan vaksin untuk 13 jenis penyakit.

“Kita maklum insulin digunakan untuk memenuhi keperluan pesakit kencing manis atau diabetes yang kita tahu jumlah mereka tinggi

“Kewujudan fasiliti ini dapat membantu dalam soal keterjaminan untuk bekalan ubat-ubatan. Setiap tahun Kementerian Kesihatan (KKM) membelanjakan RM350 juta untuk insulin.

“Maknanya Pharmaniaga bersedia untuk memenuhi keperluan KKM,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Fasiliti Pengilangan Insulin dan Vaksin Pharmaniaga di sini hari ini.

Difahamkan, antara vaksin mampu dihasilkan di fasiliti itu untuk jangkitan pneumokokal, diphtheria, hepatitis B, pertussis, tetanus, haemophilus influenza type b dan polio, manakala insulin melibatkan penyakit diabetes.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata, fasiliti pengilangan itu berupaya memberi penjimatan kewangan kepada negara kerana mengurangkan kebergantungan terhadap import insulin dan vaksin.

Menurut beliau, Pharmaniaga juga diharap tidak hanya bergantung kepada pasaran dalam negara untuk insulin dan vaksin yang dikeluarkan, tetapi juga untuk pasaran luar negara.

Sementara itu, katanya, kewujudan fasiliti pengilangan insulin dan vaksin itu merupakan satu pelaburan yang baik yang diharap mampu memberikan dividen kepada tabung Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Setakat ini mereka akan keluarkan vaksin untuk dua jenis penyakit walaupun mereka berkemampuan menghasilkan pelbagai (vaksin) yang akan dilakukan secara berperingkat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI