fbpx

Counter setting: Dua penguat kuasa termasuk dalang utama direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek yang membawa masuk warga asing menggunakan modus operandi ‘counter setting’ di KLIA1 dan KLIA2 dibawa ke Mahkamah Sivil Seremban untuk permohonan reman hari ini.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan menahan dua pegawai penguat kuasa termasuk dalang utama dipercayai bersekongkol dengan sindiket membawa masuk warga asing menggunakan modus operandi ‘counter setting’.

Perintan reman terhadap dua suspek itu dibenarkan Majistret Fairuz Syuhada Amran selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Seremban di sini pagi tadi.

Fairuz Syuhada membenarkan suspek utama direman selama lima hari sehingga 23 September ini, manakala suspek kedua direman tujuh hari sehingga 25 September.

Menurut sumber, suspek berusia dalam lingkungan 30 dan 40-an dipercayai bersekongkol dengan ejen sindiket membawa masuk warga asing yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2.

“Suspek ditahan di Pejabat SPRM Negeri Sembilan pada pukul 3 pagi dan pukul 5.40 petang semalam ketika hadir untuk memberi keterangan.

“Mereka dipercayai menerima rasuah daripada ejen selain mengatur urusan laluan kaunter khas bagi melepaskan warga asing tanpa mengikut pemeriksaan sepatutnya di pintu masuk udara negara,” katanya hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Tuan Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan seorang pegawai imigresen yang disifatkan ‘berpengaruh’ di KLIA menjadi dalang utama sindiket membawa warga asing menggunakan modus operandi ‘counter setting’.

Lelaki berusia awal 40-an itu merupakan salah seorang daripada 50 penguat kuasa JIM yang ditahan menerusi Op Pump, Op Setting dan Open Pump 2.0. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI