fbpx

CEO GISBH, isteri dan 17 yang lain direman tujuh hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengerusi Eksekutif GISBH (kiri) ketika dibawa bersama pengurusan tertinggi organisasi tersebut untuk proses reman di Mahkamah Majistret Shah Alam. - Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

SHAH ALAM – Pengerusi Eksekutif GISB Holdings (GISBH) merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan isterinya antara 19 individu yang ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung pengekploitasian termasuk pemerdagangan kanak-kanak.

Perintah reman selama tujuh hari itu dibenarkan Majistret Wan Noora Nisa Ngadirin di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Mereka yang ditahan berusia 25 hingga 65 tahun. Tangkan itu terdrii daripada 12 lelaki dan tujuh wanita.

Pada prosiding itu, kesemua mereka tidak diwakili peguam.

Mereka kemudiannya dibawa untuk tahanan di Lokap Berpusat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 32 (a) Akta Kanak-kanak 2001, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2022.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan penahanan 19 individu termasuk pemimpin utama GISBH dalam serbuan di Lembah Klang.

Pengerusi Eksekutif GISBH (kiri) ketika dibawa bersama pengurusan tertinggi organisasi tersebut untuk proses reman di Mahkamah Majistret Shah Alam. – Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

Mereka ditahan kira-kira pukul 5.40 pagi tadi oleh sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Sebelum ini, seramai 402 kanak-kanak diselamatkan polis dalam Op Global di 20 buah rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan.

Daripada jumlah itu, seramai 10 kanak-kanak dihantar ke rumah perlindungan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas mendapati mereka adalah orang kelainan upaya (OKU) dan autisme.

Pecahan jumlah mangsa adalah 202 lelaki dan 190 perempuan.

Proses saringan kesihatan dijalankan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur dengan bantuan JKM dan Kementerian Kesihatan.

Seramai 159 individu turut ditahan membabitkan 39 lelaki dan 120 wanita.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI