fbpx

Budak lelaki maut jatuh parit depan rumah datuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Parit yang menjadi lokasi mayat Ibrahim Adham dijumpai di Taman Usrah, Renek, Besut semalam.

BESUT – Majlis sambutan ulang tahun kelahiran bertukar muram apabila salah seorang ahli keluarga tersebut yang juga budak lelaki berusia enam tahun maut dipercayai akibat terjatuh ke dalam parit berhampiran rumah datuknya di Taman Usrah, Renek di sini malam tadi.

Mayat mangsa, Ibrahim Adham Muhammad dijumpai ahli keluarga dan bantuan beberapa penduduk kampung pada pukul 9 malam.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Abdul Rozak Muhammad berkata, kanak-kanak lelaki itu disyaki terjatuh ke dalam parit terbabit pada pukul 6.30 petang.

“Sebelum kejadian, keluarga itu meraikan sambutan ulang tahun kelahiran salah seorang ahli keluarga mereka di rumah datuk mangsa (Ibrahim Adham).

“Kehilangan mangsa mula disedari bapanya sebelum mereka mula mencari dengan bantuan ahli keluarga lain dan penduduk kampung,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Abdul Rozak berkata, keluarga Ibrahim Adham turut membuat laporan polis berhubung kehilangan terbabit.

Tambah beliau, mayat kanak-kanak yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik itu kemudiannya berjaya ditemui di dalam parit yang terletak kira-kira 20 meter dari rumah datuknya.

Difahamkan Ibrahim Adham yang menetap di Lipis, Pahang pulang ke kampung ibu bapanya pada musim cuti persekolahan ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI