fbpx

Budak 2 tahun ‘terperangkap’ 30 minit dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA BBP Mersing melakukan operasi menyelamat seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang terkunci dalam kereta dalam kejadian di Kampung Tanjung Genting, Jalan Engku Hashim, Mersing semalam.

MERSING – Seorang kanak-kanak berusia dua tahun berdepan detik cemas selepas setengah jam terkunci dalam kereta dalam kejadian di Kampung Tanjung Genting, Jalan Engku Hashim, di sini semalam.

Ketua Balai Bomba Penyelamat (BBP) Mersing, Penolong Penguasa Bomba Abdul Muiz Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan itu pada pukul 11.39 pagi membabitkan kanak-kanak perempuan yang terperangkap dalam Perodua Alza.

Katanya, seramai tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak enam kilometer dari balai.

“Difahamkan kanak-kanak itu terkunci sendiri di dalam kereta tersebut ketika keluarga sedang angkut barang-barang untuk dibawa masuk rumah.

“Mereka datang dari Terengganu datang ke Mersing untuk ziarah saudara. Kanak-kanak itu terperangkap kira-kira 30 minit sebelum keluarga menghubungi pihak bomba untuk bantuan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, dengan tindakan pantas anggota bomba, kanak-kanak tersebut berjaya dikeluarkan tanpa sebarang kecederaan dalam masa tujuh minit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI