fbpx

Banjir Perlis: PM hulur sumbangan peribadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Maznah (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan peribadi Perdana Menteri dan Nadma di PPS SK Sena, Kangar hari ini.

ARAU – Seramai 46 keluarga terjejas banjir di Perlis menerima sumbangan peribadi daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim petang tadi.

Sumbangan tersebut disalurkan menerusi Pejabat Pembangunan Persekutuan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) Perlis kepada semua mangsa yang berdaftar di pusat pemindahan sementara (PPS) di Arau dan Kangar.

Pengarah ICU JPM Perlis, Maznah Musa berkata, sumbangan tersebut disampaikan kepada 14 ketua isi rumah (KIR) di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sena di Parlimen Kangar.

“Turut menerima sumbangan ialah 12 KIR di PPS SK Dato Ahmad Musa, PPS SK Kubang Gajah (13 KIR) dan PPS SK Arau (tujuh KIR) dalam kawasan Parlimen Arau.

“Kita menghulurkan dua jenis sumbangan, satu daripada Perdana Menteri sendiri dan satu lagi adalah bantuan wang ihsan yang diperuntukkan di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan berkenaan kepada keluarga mangsa banjir di PPS SK Arau, di sini hari ini bersama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Rozabil Abd. Rahman.

Menurut Maznah, setiap KIR menerima RM1,000 bantuan wang ihsan Nadma diberikan kepada keluarga yang berpindah ke PPS, namun tidak menyatakan jumlah sumbangan peribadi Perdana Menteri.

Setakat pukul 6 petang ini, seramai 147 mangsa banjir daripada 46 keluarga berlindung di empat buah PPS. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI