fbpx

Bangkai ikan lumba-lumba Irrawaddy hanyut ke pantai Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakitangan Jabatan Perikanan memeriksa bangkai ikan lumba-lumba yang terdampar di pesisiran pantai Kurong Tengar di Kuala Perlis, hari ini.

KUALA PERLIS – Satu bangkai ikan lumba-lumba Irrawaddy (Orcaella brevirostris) atau lumba-lumba empesut ditemui terdampar oleh orang ramai di pesisiran pantai Kurong Tengar, di sini hari ini.

Pengarah Perikanan Perlis, Mohammed Roshaizat Mustaffa berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam pada pukul 8 pagi.

Katanya, berat bangkai ikan tersebut tersebut dianggarkan 90 hingga 120 kilogram dan berdasarkan warna serta saiz, haiwan itu dipercayai berusia antara 26 hingga 30 tahun.

“Pihak Jabatan Perikanan masih menyiasat punca sebenar kematian ikan tersebut, namun data karkas lumba-lumba ini telah diambil seperti data morfometrik dan sampel juga telah diambil untuk tujuan analisis makmal.

“Selepas selesai membuat kutipan data, kerja-kerja pengurusan karkas iaitu proses penanaman untuk tujuan pereputan secara semula jadi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, proses repositori tulang ikan lumba-lumba itu akan dibuat selepas tempoh 180 hari karkas tersebut ditanam.

Sementara itu, katanya, faktor air pasang besar dan ribut boleh menjadi faktor yang menyumbang kepada terdamparnya mamalia marin di pantai.

Ia merupakan penemuan kedua bangkai hidupan marin itu selepas satu bangkai ikan lumba-lumba spesies sama dianggarkan seberat 130 kilogram (kg) terdampar di kawasan pesisir pantai Sungai Padang, dekat sini kelmarin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI