fbpx

Badang negara tebus kecewa Olimpik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANIQ mencipta sensasi apabila menjuarai Kejohanan Angkat Berat Komanwel dengan rekod baharu kebangsaan dan Komanwel.

BADANG negara, Mohamad Aniq Kasdan membuktikan kejaguhannya apabila memenangi pingat emas dalam kategori 61 kilogram (kg) lelaki ketika beraksi pada Kejohanan Angkat Berat Komanwel yang berlangsung di Suva, Fiji kelmarin.

Lebih mengagumkan, atlet berusia 22 tahun itu turut memperbaharui rekod kebangsaan miliknya menerusi angkatan keseluruhan 298kg, memadam catatan terdahulu 297kg dilakukan pada Sukan Olimpik Paris 2024 bulan lalu.

Bukan sahaja memperbaharui rekod kebangsaan kategori 61kg, malah Aniq turut meleburkan rekod Komanwel dalam acara snatch menerusi angkatan 131kg, lebih 1kg daripada rekod terdahulu miliknya.

Aniq tanpa berselindung mengakui terkejut dengan pencapaian itu kerana pada awalnya tidak meletakkan sasaran terlalu tinggi memandangkan dia melakukan persiapan saat akhir untuk kejohanan tersebut.

“Saya tidak jangka dapat buat sebaik ini memandangkan saya hanya mula berlatih dalam tempoh dua minggu ini. Sasaran awal saya 125kg untuk snatch, manakala clean and jerk adalah 160kg.

“Bagaimanapun, saya sentiasa memberikan sepenuh komitmen dalam setiap kejohanan walaupun cabaran di sini kurang. Alhamdulillah saya dapat memecahkan rekod kebangsaan serta Komanwel untuk snatch,” katanya.

Sementara itu, pingat perak dimenangi atlet Papua New Guinea, Morea Baru yang melakukan angkatan keseluruhan 265kg, manakala gangsa menjadi milik seorang lagi badang negara, Mohammad Amin Hakimi Mohd. Shukry dengan catatan 243kg.

Dua lagi wakil negara, Muhammad Rahimi Sulaiman serta Muhamad Aznil Bidin turut menyumbang emas buat Malaysia apabila muncul juara kategori masing-masing iaitu 55kg dan 67kg.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI