fbpx

Air pasang setinggi 5.8 meter di Kuala Langat esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Air pasang besar melimpah kawasan Pantai Kelanang pagi tadi.

KUALA LANGAT – Fenomena air pasang besar dijangka pada paras air tertinggi mencecah 5.8. meter di di kawasan pantai daerah ini esok.

Pengarah Korporat Majlis Perbandaran Kualau Langat (MPKL), Hashila Hamzah berkata, catatan tersebut dijangka akan berlaku kira-kira pukul 7.23 pagi.

Justeru, beliau menasihatkan sebarang aktiviti pantai seperti mandi, berkelah,bermain pasir, memancing dan menaiki bot tidak digalakkan bagi menjamin keselamatan para pengunjung.

“Air pasang besar yang berlaku hari ini menyebabkan kawasan Pantai Kelanang dan Pantai Morib dinaiki limpahan air disebabkan berlaku kenaikan setinggi 5.78 meter paras air laut.

“Pemantauan Skuad Pantas MPKL antara pukul 6.15 pagi hingga pukul 8 pagi tadi mendapati limpahan air laut hingga ke kawasan tempat meletak kenderaan di Pantai Kelanang,” katanya di sini hari ini.

Hashila memaklumkan, limpahan kedua tersebut membawa bersama sampah ke daratan, namun tidak menjejaskan aset milik MPKL di kawasan terlibat. – KOSMO! ONLINE

Caption

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI