fbpx

ACL2: Selangor tagih aksi pemain import

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELANGOR mungkin akan menurunkan semua pemain import mereka menjelang aksi menentang Muangthong bagi memburu keputusan positif pada aksi pembukaan ACL2.

SELANGOR FC tidak menolak kemungkinan majoriti tonggak import akan diturunkan dalam usaha memburu keputusan positif pada aksi pertama Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) bertemu Muangthong United di Stadium Rajamangala hari ini.

Jurulatih skuad Gergasi Merah, Nidzam Jamil mengakui saingan di pentas Asia sangat berbeza dan pasukan perlu terus memperbaiki kelemahan sekiranya mahu memberikan aksi kompetitif.

“Kita akui pentas Asia sangat berbeza kerana kita akan menentang pasukan-pasukan elit di benua ini. Pasukan tidak boleh berpuas hati dan terus tingkatkan usaha untuk perbaiki kelemahan.

“Mengenai letakkan ramai pemain import, saya rasa ia juga salah satu kemungkinan kerana kita dibenarkan bermain dengan pemain-pemain import (tanpa had) bukan seperti (peraturan) Liga Malaysia.

“Saya tidak mahu anggap ia sebagai cabaran, namun lebih kepada bagaimana kita nak gunakan pemain-pemain ini dan cara bermain ketika bertemu Muangthong United nanti,” katanya.

Sementara itu, tonggak tengah Selangor FC, Noor Al Rawabdeh mengharapkan sokongan padu daripada peminat bola sepak tempatan kerana pasukan beraksi atas nama Malaysia pada perlawanan ACL2 musim ini.

“Saya rasa kita memiliki keyakinan untuk mengharungi perlawanan pertama ACL2 nanti. Cuma, kalau boleh saya harap kita dapat sokongan daripada peminat Malaysia.

“Ini kerana kita bukan sahaja mewakili Selangor, tetapi membawa nama Malaysia di pentas Asia,” kata pemain kebangsaan Jordan itu.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI