fbpx

3 orang meninggal dunia makan ‘dumpling’ siput 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar menunjukkan daging siput dan beberapa bahan lain yang diletakkan dalam ‘dumpling’. - EToday

BEIJING – Tiga orang meninggal dunia, manakala sembilan lagi mengalami keracunan makanan selepas menikmati hidangan ladu atau dumpling berisi daging siput di Taiwan, lapor portal berita Must Share News hari ini. 

Gambar yang dimuat naik di media sosial memaparkan ladu yang dipenuhi dengan daging siput, rebung, daging babi dan tepung. 

Seorang penduduk berkata, mangsa bernama Liu membuat hidangan itu dan memakannya kelmarin. 

“Dia kemudian mengalami keracunan makanan dan disahkan meninggal dunia selepas dimasukkan ke hospital.

“Rakan dan saudara-mara mangsa berkumpul di rumahnya untuk pengebumian. Mereka juga disajikan dengan ‘hidangan maut’ ini,” katanya. 

Menurut polis, siasatan awal mendapati siput itu disediakan oleh seorang lelaki. 

“Suspek mendakwa siput itu dikutip dari tanah ladang. Dia ditahan untuk disoal siasat, manakala baki ladu pulut dan bahan-bahannya diambil untuk siasatan lanjut,” kata polis. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI