fbpx

2 lelaki Myanmar direman ‘suap’ polis bantuan RM500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua lelaki Myanmar (kemeja-T jingga) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret George Town, hari ini. - Foto oleh SAFINA RAMLI / KOSMO!

GEORGE TOWN – Dua lelaki warga Myanmar direman lima hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dipercayai memberi rasuah kepada anggota polis bantuan sebuah agensi kerajaan, baru-baru ini.

Perintah reman terhadap kedua-dua lelaki itu dikeluarkan Majistret Nadratun Naim Mohd. Saidi di Mahkamah Majistret hari ini.

Menurut sumber, kedua-dua lelaki warga Myanmar itu disyaki memberi rasuah bernilai RM500 kepada anggota polis bantuan agar tidak menahan pekerja-pekerja mereka yang mempunyai permit kerja di negeri lain.

”Kedua-dua lelaki warga Myanmar berusia 53 dan 31 tahun adalah sub-kontraktor tidak berlesen yang menjalankan kerja-kerja pemasangan penapis air.

“Pekerja-pekerja mereka tidak boleh bekerja di Pulau Pinang kerana permit mereka bekerja adalah di negeri lain, malah pekerja mereka juga mempunyai kad Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) palsu.

”Mereka ditahan semalam pada pukul 3 petang di Ibu Pejabat SPRM Pulau Pinang,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI