fbpx

Warga emas maut, dua cedera pokok tumbang di tapak perkhemahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN pokok yang tumbang dan menghempap tiga mangsa di kawasan perkhemahan Nemo di Pantai Balok di Kuantan petang semalam.

KUANTAN – Seorang warga emas maut manakala dua lagi cedera selepas dihempap pokok di tapak perkhemahan Kem Nemo di Pantai Balok di sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.36 petang itu menyebabkan mangsa Che Zakariah Che Ali, 68, dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala dua lagi mangsa mengalami kecederaan.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang, Che Adam A. Rahman berkata, berdasarkan laporan, kejadian ribut menyebabkan pokok tumbang dan menghempap mangsa yang berada di tapak perkhemahan berkenaan.

“Tiga mangsa terlibat iaitu kemalangan jiwa melibatkan lelaki warga emas dan satu mangsa wanita dewasa yang mengalami kecederaan luka di kaki dan seorang mangsa kanak-kanak.

“Mangsa yang cedera dibawa oleh orang awam ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk rawatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya anggota APM yang bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan mengenai kejadian telah memberikan rawatan awal kepada mangsa.

Katanya, pokok yang tumbang juga telah dibersihkan olah anggota APM dan pihak pusat peranginan terbabit.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI