fbpx

[VIDEO] ‘This country is crazy bro, come on Malaysia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IShowSpeed terpaksa berhimpit-himpit selepas diserbu ribuan peminatnya semalam.

PETALING JAYA – Pencipta kandungan YouTube, IShowSpeed terkejut dan ketakutan apabila kenderaan yang dinaikinya turut diketuk-ketuk dari luar selepas diserbu peminat dari Malaysia.

Menerusi video tular di media sosial, selebriti terkenal dari Amerika Syarikat itu kelihatan bimbang, bahkan meminta orang ramai yang menunggunya di luar supaya bersabar.

“This country is crazy bro (negara ini gila), ini bukan caranya. Kamera pecah? Come on Malaysia. Awak goncang (kereta). Ini bukan caranya Malaysia. Ini sememangnya gila,” katanya sewaktu di dalam kenderaan itu.

Dalam masa sama, kedengaran suara sama ada pemandu atau pengawal peribadi memarahi peminat fanatik tersebut yang dikatakan melakukan perbuatan sedemikian.

Pada video lain yang tular, IShowSpeed dilihat terpaksa berhimpit-himpit dengan ribuan peminat, yang mana mereka menyerbunya sehingga menyukarkan pemuda itu untuk berjalan.

Bahkan terdapat pengawal peribadi selain polis bantuan yang cuba mengawal keadaan, namun peminat tersebut seolah-olah tidak mengendahkan arahan mereka.

Orang ramai turut bersimpati dengan kejadian dilalui IShowSpeed, malah mereka turut berasa malu apabila rakyat Malaysia berkelakuan seperti itu.

“Sebagai rakyat Malaysia, saya malu. Tak semua rakyat Malaysia macam tu,” kata seorang pengguna TikTok.

“Kenapa kau orang taasub sangat dengan dia, boleh tak tenang-tenang saja,” komen pengguna yang lain.

Semalam Kosmo! melaporkan, IShowSpeed atau nama sebenarnya Darren Jason Watkins Jr. dilaporkan berkunjung ke Malaysia sebagai destinasi pilihan siri jelajahnya melawati negara di Asia Tenggara.

Pemuda tersebut sebelum ini telah berkunjung ke Vietnam, Kemboja dan Thailand, seterusnya ke negara ini serta mengakhirinya jelajahnya ke Singapura. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI