fbpx

Usaha sama Taaveekun, KPF Agro edar baja perapi tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Md. Fadzilah (kanan) bersama Ramli di reruai Taaveekun dan KPF Agro pada MAHA 2024 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang baru-baru ini.

SERDANG – Kumpulan Taaveekun akan terus memperluaskan kerjasamanya dengan KPF Agro Properties Sdn. Bhd (KPF Agro) dalam penghasilan dan pembekalan perapi tanah untuk merawat tanaman sawit di ladang-ladang Felda di seluruh negara mulai awal tahun depan.

Presiden Kumpulan Taaveekun, Md. Fadzilah Ariffin berkata, usaha sama  itu bakal melonjakkan lagi dan menggandakan hasil tanaman sekali gus menyasarkan pulangan yang lumayan untuk warga ahli Koperasi Permodalan Felda yang terdiri daripada kalangan peneroka melalui dividen yang lebih baik berbanding sebelum ini.

Beliau yang juga Pengasas Taaveekun menjelaskan,kerjasama menerusi anak syarikatnya, Taaveekun Total Green Sdn. Bhd. (TTGSB) akan turut melibatkan jalinan formulasi bersama FGV Fertilizer Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat FGV Holdings Berhad (FGV).

 “Sebelum ini, pihak TTGSB telah membekalkan lebih 70 ribu metrik tan perapi tanah (Taaveekun soil admenment) kepada KPF Agro untuk diedarkan kepada ladang-ladang sawit terpilih di bawah kumpulan Felda seluruh negara mulai tahun 2022 dengan nilai kontrak RM100 juta. 

 

“Susulan kejayaan peningkatan hasil tuaian sawit, kadar perahan minyak (OER) telah meningkat bagi pokok yang berjaya dipulihkan menggunakan kaedah Taaveekun.

“Sehubungan itu, kedua-dua pihak berhasrat meneruskan kerjasama untuk terus merawat  dan memulihkan baki tanaman yang belum dirawat di ladang-ladang sawit di bawah Felda, FGV, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan ladang-ladang swasta yang telah dikenalpasti mulai tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media sempena Pameran Pertanian Hortikultur dan Pelancongan Agro Antarabangsa 2024 (MAHA 2024) di MAEPS di sini baru-baru ini.

Ketika ini, kapasiti penghasilan produk Taaveekun di kilang yang terletak di Bukit Kayu Hitam, Kedah yang dikendalikan oleh Taaveekun Manufacturing Sdn. Bhd berupaya menghasilkan lebih 200,000 metrik tan setahun pengeluaran baja dan sentiasa bersedia menerima tempahan.

 Sementara itu, Pengerusi KPF Agro Properties Sdn. Bhd., Datuk Ramli Ismail memberitahu, pihaknya mula tertarik dengan kaedah Taaveekun bermula tahun 2020 yang memiliki kelainan tersendiri selain hasil positif ke atas hasil tanaman selepas membuat percubaan.

 Justeru itu, beliau percaya kerjasama dengan Taaveekun telah memberi manfaat kepada kedua-dua pihak kerana masing-masing memiliki kepakaran tersendiri.

Beliau juga mengakui KPF Agro perlu bergerak ke depan luar dari kotak dengan perancangan memiliki baja logo sendiri yang dibekalkan Taaveekun dengan sasaran jualan kepada peneroka sawit yang keluar dari Felda.

“Strategi menyasarkan peneroka yang keluar dari Felda ini lebih baik kerana mereka tidak lagi mempunyai penasihat.

“Kita perlu ada inisiatif dengan bincang dan panggil mereka untuk menggunakan produk baja yang betul dan berkualiti dan tengok hasil tanaman dan hantar semula kepada Felda.

“Apatah lagi baja perapi tanah ini begitu sesuai di kawasan Felda kerana kebanyakan tanah telah mati dan perlu dipulihkan kerana sudah lama menggunakan baja berasas kimia,” katanya. -KOSMO! ONLINE

                                                                                                               

                                                                                                              

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI