fbpx

Usaha lebih keras, jangan selesa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WEE KA SIONG (Dua dari kiri) ketika membantu calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah (Kiri) berkempen di bandar Kluang hari ini.

KLUANG – Sambutan positif pengundi terhadap calon Barisan Nasional (BN) dalam setiap program kempen yang dilaksanakan diharapkan tidak membuatkan rasa selesa atau yakin menang.

Sebaliknya, sama ada calon atau jentera parti UMNO-BN serta gabungan Kerajaan Perpaduan harus bekerja lebih keras lagi bagi merayu seberapa ramai rakyat dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota memberikan sokongan kepada Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah, 40, dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota pada 28 September nanti.

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, Syed Hussien tidak boleh ambil mudah dan mesti  bekerja lebih keras untuk mendapatkan sokongan pengundi di DUN Mahkota ini.

Kata beliau, pengalamannya sebagai Ahli Majlis di Majlis Perbandaran Kluang (MPK) banyak membantu semasa bertemu dengan orang ramai.

“Beliau boleh faham isu dan masalah yang dihadapi penduduk ketika berkempen, malah sifat merendah diri serta mudah didekati membuatkannya senang bertemu penduduk setempat.

“Calon BN ini merupakan orang muda yang sangat merendah diri dan sopan, saya lihat beliau akan tunduk apabila bertemu orang ramai, biasanya perwatakan begini tiada pada calon lain,” katanya ketika ditemui membantu kempen Syed Hussien di bandar Kluang hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI