fbpx

Tupperware fail permohonan muflis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenama Tupperware turut terkenal dalam kalangan kaum ibu di Malaysia. - Getty Images

WASHINGTON – Tupperware Brands Inc (Tupperware) dan beberapa anak syarikatnya memfailkan perlindungan kebankrapan Chapter 11, kata firma bekas penyimpan makanan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Syarikat itu berkata, ia akan mendapatkan kelulusan mahkamah untuk terus beroperasi semasa prosiding kebankrapan.

Ia juga akan mendapatkan kelulusan untuk proses penjualan bagi perniagaan itu untuk melindungi jenamanya.

“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kedudukan kewangan syarikat telah terjejas teruk oleh persekitaran makroekonomi yang mencabar,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Laurie Ann Goldman.

Syarikat peralatan dapur yang selama beberapa dekad menguasai dunia penyimpanan makanan itu, sejak 2020 telah memberi amaran tentang keraguan dalam keupayaannya untuk kekal dalam perniagaan, lapor akhbar The Straits Times.

Sehingga Jun 2024, ia telah merancang untuk menutup satu-satunya kilang di Amerika Syarikat (AS) dan memberhentikan hampir 150 pekerja.

Pemfailan muflis di Delaware, AS itu dilakukan berikutan rundingan selama berbulan-bulan antara Tupperware dan pemberi pinjamannya mengenai cara mengurus lebih daripada AS$700 (RM3 bilion) juta pinjaman.

Pemiutang telah bersetuju untuk memberinya sedikit ‘ruang bernafas’ pada hutang itu tetapi perniagaan terus merosot.

Pengasas Tupperware, Earl Tupper pada tahun 1946 memperkenalkan produk plastiknya kepada orang ramai, dan seterusnya mematenkan pengedap kedap udara fleksibel mereka.

Barangan jenama itu kemudiannya membanjiri rumah-rumah di Amerika dan seluruh dunia, dengan sebahagian besarnya melalui pihak jualan bebas. – AFP/AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI