fbpx

Tukang gunting rambut global berhimpun di KL mulai hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Firdaus (tengah) pada sidang akhbar mengenai Barber & Salon Expo 2024 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Barber & Salon Expo 2024 yang kini memasuki tahun kedua penganjurannya dijangka mencatat nilai transaksi dagangan kira-kira RM500,000 daripada program yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini.

Pengarah Urusan Retrobee Global Sdn. Bhd. (Retrobee Global) Firdaus Aziz berkata, program yang bertempat di pusat pameran Pavilion Bukit Jalil di sini  akan menghimpunkan pemimpin industri, profesional, usahawan, vendor dan syarikat berkaitan industri berkenaan serta orang ramai yang berminat dalam bidang salun dan juga fesyen rambut.

Menurut beliau, lebih daripada 60 peratus pempamer atau syarikat yang terlibat sebagai pempamer terdiri daripada syarikat tempatan dan bakinya adalah luar negara yang terdiri daripada Amerika Syarikat dan Jepun.

“Kami akan menghimpun seluruh komuniti dalam industri ini untuk meraikan, mendidik dan berinovasi dalam sektor gunting rambut dan salun selain sebagai dijadikan platform untuk mempamerkan gabungan pelbagai teknik guntingan tradisional dan gaya kontemporari,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar berhubung ekspo tersebut yang turut dijayakan bersama KS Academy di sini baru-baru ini.

Firdaus menjelaskan, pada tahun pertama penganjurannya tahun lepas, ekspo berkenan telah menarik lebih daripada 4,000 pengunjung tempatan dan juga dari 12 negara termasuk Indonesia, Thailand, Jepun dan Amerka Syarikat.

“Untuk tahun ini, ekspo ini diadakan dalam skala yang lebih besar dan dijangkakan menarik kunjungan lebih daripada 5,000 orang dan bayaran yuran sebanyak RM60 dikenakan kepada orang ramai,” terang beliau.

Antara acara yang bakal berlangsung dalam ekspo dua hari itu adalah bengkel dan seminar daripada individu yang terkenal dalam industri gunting dan fesyen rambut di peringkat antarabangsa serta mendapatkan pandangan yang tidak ternilai tentang trend terkini.

 Barberlympics 2024 adalah platform untuk mencungkil bakat terbaik dari seluruh Asia yang mana para peserta akan bersaing dalam pelbagai kategori, mempamerkan kreativiti, kemahiran dan semangat mereka.

Selain itu, World Barber Classic, pertandingan Muvmen Shaggy Cut dan juga pertandingan mannequin, Skull Republic Burst Face dengan Creative Top selain demostrasi langsung daripada tukang gunting terkenal dan baharu yang akan menonjolkan kesenian dan kemahiran mereka di atas pentas.

Tambah beliau, terdapat juga lebih daripada   60 gerai yang akan mempamerkan peralatan, produk dan perkhidmatan yang canggih, menawarkan peserta yang servis, peluang mengetahui jenama dan inovasi baharu.

Selain itu, ia adalah untuk meningkatkan perniagaan serta berhubung dengan rakan profesional, bakal pelanggan dan pengaruh industri dalam persekitaran yang direka untuk memupuk hubungan, perkongsian dan kerjasama masa hadapan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI