PUTRAJAYA- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mencampuri siasatan membabitkan syarikat Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH).
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya tidak melihat sebarang elemen rasuah membabitkan siasatan yang sedang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Yang ini kita serah kepada polis kerana saya tidak nampak isu rasuah di sini.
“Jadi pihak polis boleh meneruskan siasatan tanpa campur tangan daripada SPRM,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Berita lanjut menyusul. – KOSMO! ONLINE