fbpx

SPRM senarai 11 masalah, kelemahan JIM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyenaraikan 11 masalah dan kelemahan utama membabitkan Jabatan Imigresen (JIM) sehingga membolehkan sindiket membawa masuk warga asing menggunakan modus operandi ‘counter setting’.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, punca utama berlakunya masalah itu disebabkan kelonggaran dalam aspek kawalan dalaman ketika bertugas hingga menyebabkan pegawai Imigresen mudah didekati oleh ejen sindiket.

Katanya, kelemahan lain ialah pusingan tempat kerja bagi pegawai Imigresen yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 yang dilihat tidak sistematik.

“Pusingan kerja tidak sistematik ini menyebabkan pihak ejen dan sindiket senang untuk berurusan dengan pegawai penyelia mahupun pegawai menjaga kaunter.

“Ini kerana mereka terlebih dahulu mengetahui pegawai itu akan bertugas di kaunter mana dan akan berlakunya ‘counter setting’,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM di sini, hari ini.

Azam berkata, pihaknya turut mengesan kelemahan daripada aspek kurang pemantaun dan penyeliaan sehingga menyebabkan wujud kelompongan dalam kaedah kerja.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI