fbpx

Polis Perak pantau semua premis ada kaitan GISBH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azizi (dua dari kanan) menyampaikan sijil penghargaan pada Majlis Meraikan Pesara dan Bakal Pesara PDRM Kontinjen Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Semua premis yang ada kaitan dengan Global Ikhwan Services Business Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) di negeri ini kini berada dalam radar polis Perak.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris bagaimanapun enggan mendedahkan lokasi premis dan rumah amal yang kini dalam pemerhatian pihaknya.

“Buat masa ini, semua yang ada kaitan dengan (GISBH) dalam pemerhatian dan radar kita. Berkaitan lokasi dan operasi, ia belum boleh didedahkan setakat ini,” katanya selepas menghadiri Majlis Meraikan Pesara dan Bakal Pesara Kontinjen Perak di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini hari ini.

Pada majlis itu, seramai 186 pesara dan bakal pesara bagi tahun 2024 diraikan yang mana masing-masing menerima sijil penghargaaan yang disampaikan oleh Azizi.

Media sebelum ini melaporkan sebanyak 39 lagi rumah amal dikaitkan dengan GISBH di seluruh negara yang didakwa terlibat kegiatan eksploitasi kanak-kanak termasuk kesalahan seksual kini dalam radar pemantauan Polis Diraja Malaysia (PDRM). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI