fbpx

Perlis juga dilanda banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA APM memindahkan mangsa banjir ke PPS SK Arau dan SK Sena, malam tadi.

KANGAR – Seramai 41 mangsa banjir terpaksa dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Arau dan Kangar susulan hujan lebat sejak beberapa hari lalu.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Izaimi Md. Daud berkata, pemindahan itu melibatkan 13 keluarga dari kampung terjejas.

“PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Arau dibuka secara rasmi pada pukul 11.55 malam tadi dengan menempatkan seramai 33 mangsa termasuk seorang bayi perempuan dari Kampung Titi Besi.

“PPS SK Sena pula dibuka secara rasmi pada pukul 10.50 malam tadi dan menempatkan empat keluarga terjejas banjir merangkumi lapan mangsa termasuk seorang kanak-kanak lelaki,” katanya di sini hari ini.

Katanya, dua PPS itu dibuka susulan kenaikan paras air di kawasan kediaman sejak pukul 6 petang semalam selepas hujan lebat pada petang semalam.

Pada kelmarin, seluruh negeri ini dilanda ribut dan hujan lebat sehingga menyebabkan hampir 30 pokok tumbang selain laut bergelora sehingga mengakibatkan sebuah feri terkandas di beting pasir di Kuala Perlis.

Negeri ini sekali lagi dilanda angin kencang dan hujan lebat pada petang semalam menyebabkan paras Sungai Tambun Tulang melimpah ke jalan raya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI