fbpx

Penipisan lapisan ozon paling teruk di Kutub Selatan, Antartika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lapisan ozon berfungsi melindungi manusia dan hidupan di muka Bumi daripada sinaran ultraungu berbahaya Matahari. - Anadolu

ANKARA – Saintis-saintis memberi amaran bahawa lapisan ozon Bumi semakin menipis sejak ia diperhatikan pada 2020, dengan penipisan paling ketara berlaku di Kutub Selatan dan Antartika, lapor agensi berita Anadolu semalam. 

Menurut seorang pakar dari Universiti Marmara di Istanbul, Mete Tayac, lapisan ozon berfungsi untuk melindungi manusia dan hidupan di muka Bumi daripada sinaran ultraungu yang berbahaya. 

“Jika tiada lapisan ozon, dunia akan melihat kesan negatif seperti penuaan kulit pramatang, kanser kulit seperti melanoma, gangguan sistem imunisasi, katarak awal pada manusia dan gangguan proses fotosintesis dalam tumbuhan.

“Tiga faktor utama yang menyebabkan penipisan lapisan ozon adalah klorofluorokarbon (CFC), bahan zarah dan cahaya matahari,” kata Tayac.

Sebelum ini, amaran mengenai kehilangan lapisan ozon mula dibangkitkan pada 1980-an, yang disusuli dengan pelaksanaan Protokol Montreal 1989. 

Protokol tersebut merupakan perjanjian antarabangsa yang bertujuan melindungi lapisan atmosfera, dengan menghapuskan pengeluaran bahan kimia secara beransur-ansur. 

“Apabila Protokol Montreal pertama kali dilaksanakan, bahan kimia yang memusnahkan ozon dijangka dapat dikurangkan sebanyak 50 peratus menjelang 1999. Matlamat ini kemudian disemak semula. 

“Pindaan London yang ditandatangani pada 1990, menetapkan sasaran baharu untuk mengharamkan semua gas penipisan ozon menjelang 2000. Walaupun terdapat pengurangan ketara, beberapa bahan ini masih digunakan dalam kuantiti yang kecil pada hari ini,” tambahnya.

Penipisan lapisan ozon berterusan dengan ketara sejak 2020. 

“Jumlah paras ozon semakin menurun menyebabkan kawasan yang terjejas semakin berkembang.

“Sehingga 9 September 2024, saiz lubang lapisan ozon mencapai ukuran lebih besar daripada 10 juta kilometer persegi,” tambah Tayac. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI