fbpx

Peniaga Pantai Penunjuk maut dihempap pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi pokok tumbang yang mengorbankan Saleha di Pantai Penunjuk, Kijal, Kemaman, hari ini.

KEMAMAN – Seorang wanita berasal dari Kemboja yang sedang berniaga minuman maut dihempap pokok tumbang disebabkan hujan lebat di Pantai Penunjuk, Kijal, di sini hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Saleha Ashaari, 49, yang memiliki taraf penduduk tetap meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala pada pukul 6.15 petang.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sewaktu kejadian, wanita itu sedang berniaga di bawah kanopi di pantai peranginan terbabit.

“Waktu itu hujan lebat dan sebatang pokok tiba-tiba tumbang lalu menghempap mangsa. Anggota bomba yang bergegas ke lokasi kejadian telah mengeluarkan mangsa dan disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Hanyan berkata, mayat Saleha telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman, di sini untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, kejadian hujan lebat dan angin itu turut menyebabkan menumbang beberapa batang pokok lain yang menghempap sebahagian kenderaan terdapat di Pantai Penunjuk berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI