fbpx

Pengerusi pusat pengajian agama dituduh ‘usik’ guru praktikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD HAFIDZ didakwa di Mahkamah Majistret Port Dickson, Negeri Sembilan hari ini.

PORT DICKSON – Seorang pengerusi sebuah pusat pengajian agama swasta di daerah ini dihadapkan di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas pertuduhan mencabul seorang guru praktikal di pusat pengajian tersebut, bulan lalu.

Tertuduh, Mohd Hafidz Eshak, 44, yang juga seorang ustaz bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Uthman Abd Ghani.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah menggunakan kekerasan jenayah kepada seorang remaja perempuan berusia 19 tahun dengan niat dan maksud melakukan suatu perbuatan mencabul kehormatan remaja berkenaan.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 6.40 petang di sekolah agama tersebut pada 18 Ogos lalu.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Azriff Firdaus Mohamad Ali menawarkan wang jaminan sebanyak RM50,000 susulan kes membabitkan kepentingan awam serta mendapat liputan meluas.

“Kedua, orang kena tuduh (OKT) akan berhadapan satu pertuduhan lain (sebentar lagi) di Mahkamah Sesyen Seremban di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan kesemua kesalahan yang dilakukan ini melibatkan kesalahan serius,” hujahnya.

Bagaimanapun tertuduh yang diwakili peguam, Datuk Hanif Hassan dan Nur Haifa Husna Zuhaimi memohon jaminan rendah berikutan tertuduh di dalam keadaan kesempitan kewangan. – KOSMOI! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI