fbpx

Pengerusi pusat agama dituduh lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGERUSI sebuah pusat pengajian agama swasta di Port Dickson dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.

SEREMBAN – Selepas berhadapan tuduhan mencabul seorang guru praktikal, pengerusi sebuah pusat pengajian agama swasta di Port Dickson dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.

Bagaimanapun, tertuduh Mohd. Hafidz Eshak, 44, membuat pengakuan tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Mohamad Kamil Nizam.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa telah melakukan amang seksual fizikal iaitu telah memegang bahagian dada, kepala, tangan dan belakang badan serta bahu bagi maksud seksual terhadap seorang remaja perempuan pada ketika itu berusia 13 tahun sembilan bulan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Bandar Dataran Segar, Port Dickson, lebih kurang pukul 3.30 petang pada awal sehingga hujung bulan Mac lalu.

Bagi pertuduhan kedua pula, Mohd. Hafidz juga didakwa melakukan amang seksual terhadap remaja yang sama pada waktu lebih kurang pukul 11 malam, awal bulan sehingga hujung bulan Jun yang lalu di sebuah pusat pengajian agama di Jalan Seremban, Port Dickson.

Pertuduhan ketiga pula, dia didakwa melalukan amang seksual fizikal juga terhadap remaja yang sama yang pada ketika itu sudah berusia 14 tahun di sebuah rumah di Bandar Dataran Segar, Port Dickson, lebih kurang pukul 3 petang pada 28 Ogos yang lalu.

Bagi ketiga-tiga pertuduhan, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang boleh dihukum di bawaj Seksyen 14 akta yang sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI