fbpx

Pang Ron-Su Yin kejutkan No. 13 dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PANG Ron (kiri) dan Su Yin mencipta kejutan menyingkirkan juara Terbuka Taiwan untuk mara ke pusingan kedua Terbuka China.

TURUN sebagai pemain underdog tidak menghalang beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin daripada melakar kejutan apabila menyingkirkan pasangan No. 13 dunia dari Taiwan, Yang Po Hsuan-Hu Ling Fang pada Kejohanan Badminton Terbuka China.

Pada aksi pusingan pertama yang berlangsung di Gimnasium Xincheng, Changzhou hari ini, pasangan No. 32 dunia itu menampilkan aksi cukup meyakinkan apabila mencatat kemenangan straight set 21-17, 21-16 dalam tempoh 28 minit.

Lebih manis, perlawanan itu merupakan pertemuan sulung kedua-dua beregu dan Pang Ron-Su Ying berjaya memastikan kemenangan pertama ke atas pasangan yang baru sahaja memenangi Terbuka Taiwan dua minggu lalu.

Pang Ron berkata, memandangkan dia dan Su Ying turun sebagai pemain bukan pilihan, tekanan berada di pihak lawan dan mereka menggunakan kesempatan dengan sebaiknya untuk mendapatkan kemenangan.

“Pada perlawanan hari ini, kami beraksi sebagai underdog dan memang semua tekanan itu berada di pihak mereka. Kami hanya masuk ke gelanggang dengan satu tujuan, iaitu untuk berjuang dan belajar.

“Tidak ada apa yang perlu kami takut. Setakat ini, prestasi kami semakin lama semakin baik tetapi masih banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Berdasarkan aksi ditampilkan ketika bertemu Po Hsuan-Ling Fang semalam, Pang Ron-Su Yin dijangka tidak berdepan banyak masalah ke suku akhir apabila dijadualkan bertemu rakan sepasukan, Yap Roy King-Valeree Siow di pusingan kedua hari ini.

Bagaimanapun, Pang Ron menegaskan, perlawanan itu nanti lebih rumit memandangkan mereka menjalani latihan bersama pada setiap hari, sekali gus menyebabkan kedua-dua beregu tahu mengenai permainan masing-masing.

“Memang betul kami sentiasa menjalani latihan bersama, jadi kedua-dua beregu tahu corak permainan masing-masing. Harapan saya adalah agar kami boleh tunjukkan kemampuan dan sama-sama berjuang,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI