fbpx

Mokhzani, Mirzan sudah isytihar harta kepada SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohkzani dan Mirzan

PUTRAJAYA- Dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sudah mengisytiharkan harta mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, Tan Sri Mohkzani dan Mirzan masing-masing mengisytiharkan harta mereka dalam tempoh ditetapkan badan pencegahan rasuah itu.

“Mereka sudah mengisytihar harta kepada kami, namun pihak penyiasatan sedang buat penyelarasan dengan peguam mereka.

“Secara asasnya, mereka sudah isytihar harta, itu paling penting,” katanya pada sidang media di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI