BANGKOK – Seorang pengguna Facebook menyiarkan iklan yang mahu menjual sebuah katil kayu didakwa ‘berpenunggu’ pada harga hanya 500 baht (RM60), lapor portal berita Thaiger kelmarin.
Katil sederhana dengan bingkai berukuran 91.44 sentimeter itu tidak lagi mengandungi azimat yang sebelum ini didakwa mengawal ‘penunggunya’.
Menyifatkan katil itu berfungsi sepenuhnya dan dalam keadaan baik, pemiliknya, Toeytoey Vichayapa berkata, terdapat bayang hitam yang akan muncul pada waktu malam.
Katil itu berada di Kaset Nawamin, Bangkok, dan ia sedia untuk dibeli oleh pemilik berani yang seterusnya.
Dalam masa yang singkat, iklan itu kemudian menjadi tular di media sosial.
Ia mendapat 2,300 komen dan 4,600 perkongsian.
“Adakah hantu akan benar-benar muncul?” komen seorang netizen. – AGENSI