fbpx

Jangan salah pilih, nanti menyesal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD MASLAN (berdiri tiga dari kanan) bersama penduduk selepas melakukan Ziarah Kasih di Kampung Melayu Timur 2 hari ini. - Foto oleh ADNAN IBRAHIM

KLUANG – Pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota diingatkan agar memilih calon yang tepat bagi mewakili suara mereka untuk dibawa ke sidang DUN.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, memilih calon yang salah boleh menyebabkan suara pengundi tidak dapat dibawa ke peringkat tertinggi kerana wakil rakyat bukan dari pihak kerajaan.

Katanya, contoh paling dekat ialah masalah banjir di Kampung Bentong Dalam yang dibawa oleh calon Perikatan Nasional (PN) yang didakwa tidak diendahkan kerajaan.

“Hakikatnya projek pembangunan Sungai Melantai di Kampung Bentong sudah dimajukan kepada dua kementerian berkaitan untuk dilakukan tindakan.

“Malah, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Kluang juga sudah membelanjakan sebanyak RM800,000 untuk membaiki tebing sungai yang runtuh akibat banjir sebelum ini,” katanya ketika ditemui selepas melakukan Ziarah Kasih di Kampung Melayu Timur 2 hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI