fbpx

Jaga aniaya anak saudara didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Seorang bekas pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan merogol anak saudaranya, bulan lalu.

Tertuduh, Mohd Idris Abot, 31, yang mendakwa dirinya orang kelainan upaya (OKU) mental membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Rasidah Roslee.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol wanita berusia 33 tahun yang mana perhubungannya dengan mangsa adalah tidak dibenarkan di bawah undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan untuk berkahwin.

Perbuatan itu didakwa dilakukan kira-kira pukul 4.30 pagi di dalam bilik sebuah rumah di Taman Cempaka di sini, 26 Ogos lalu itu.

Mengikut pertuduhan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat sehingga 10 kali sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya S. Thiviya menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin serta tiga syarat tambahan iaitu perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran, tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memaklumkan dia tidak mempunyai penjamin dan memohon untuk merujuk kepada pakar psikiatri memandangkan mempunyai rawatan susulam terhadap kesihatan mentalnya.

Lelaki itu turut mendakwa mempunyai sejarah perubatan bagi kesihatan mentalnya di hospital selain mendakwa mempunyai kad OKU. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI