PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri sehingga pukul 10 pagi ini.
MetMalaysia memaklumkan, tiga negeri tersebut ialah Selangor (Klang, Kuala Langat dan Sepang), Sarawak di Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit) dan Mukah.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut melibatkan Sabah (Tawau),” lapor MetMalaysia hari ini.
Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE