fbpx

Hujan lebat, ribut petir badai 7 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri sehingga pukul 3 petang ini.

MetMalaysia memaklumkan, tujuh negeri tersebut ialah Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau).

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut melibatkan Sarawak di kawasan Miri (Miri dan Marudi) dan Sabah di kawasan Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort).

“Wilayah Persekutuan Labuan juga dijangka mengalami keadaan yang sama,” lapor MetMalaysia, hari ini.

Jelas lapor MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI