fbpx

Hidup tertekan lepas jadi OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Jaafaruddin menggunakan kerusi roda untuk menjual cincin bagi mencari wang bulanan di Padang Rengas baru-baru ini.

PADANG RENGAS – Seorang bekas mekanik berdepan de­ngan tekanan setiap hari apabila bukan sahaja perlu bergerak de­ngan kerusi roda, malah buntu memikirkan bagaimana mahu mencari wang RM1,000 sebulan bagi menampung perbelanjaan rawatan.

Mohamad Jaafaruddin Ahmad, 36, berkata, dia menggunakan kerusi roda selepas menjadi orang kelainan upaya (OKU) apabila disahkan menghidap penyakit jangkitan darah pada 2020.

Katanya, jangkitan itu me­ngakibatkan kaki kanannya tidak boleh berfungsi.

“Dahulu saya aktif melakukan pelbagai aktiviti seperti mendaki, meredah hutan dan lain-lain, namun sejak ada penyakit itu, saya hanya bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak selain mengharapkan sokongan keluarga dan rakan-rakan.

“Doktor ada mencadangkan supaya kaki kanan saya dipotong ketika mendapatkan rawatan di hospital swasta dan kerajaan kerana tidak lagi berfungsi,” katanya.

Menurut Mohamad Jaafaruddin, sebelum ini dia bekerja sebagai mekanik di sebuah syarikat penyelenggaraan tetapi terpaksa berhenti.

Tambahnya, dia bersyukur mendapat bantuan Baitulmal RM400 sebulan tetapi masih tidak mencukupi untuk menampung rawatan yang memerlukan kira-kira RM1,000.

“Saya sering berdepan dengan masalah kewangan kerana masih menjalani rawatan susulan di hospital. Ia betul-betul memberi tekanan kepada saya untuk mencari lagi RM600,” katanya yang cuba mendapatkan pekerjaan.

Ujar Mohamad Jaafaruddin, bagi mengharungi kesukaran itu, dia cuba membuat perniagaan menjual cincin secara online.

“Jualan bagaimanapun tidak begitu memberangsangkan. Kadangkala selama dua bulan tiada sebarang jualan,” katanya.

Menurut Mohamad Jaafaruddin, dia cuba menjadi pencipta kandungan dengan harapan dapat membuka rezeki lain di samping menghilangkan tekanan dirinya.

“Saya berharap keadaan fizikal saya kembali pulih memandangkan doktor yang merawat pernah menyatakan terdapat peluang untuk kaki saya pulih walaupun tidak 100 peratus,” katanya.

Orang ramai yang mahu menyumbang boleh menyalurkan kepada nombor akaun Maybank 158097787709 atas nama Mohamad Jaafaruddin atau meng­hubunginya di talian 016-237 6582.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI