fbpx

Galau diejek mandul, Dewi Perssik nak buat IVF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DEWI PERSSIK

PENYANYI sensasi Dewi Perssik berang apabila dituduh mandul dalam beberapa video yang dimuatnaik netizen yang membicarakan tahap kesuburannya.

Tidak cukup dengan itu, nama dua bekas suaminya turut diungkit selepas dikatakan mampu menimang zuriat apabila mengahwini wanita lain.

“Saya memang terganggu dengan komen netizen yang mengejek saya mandul hanya kerana beberapa bekas suami saya dapat anak apabila berkahwin lain.

“Awalnya saya enggan peduli ejekan begitu tetapi apabila berdiam, ramai yang pijak kepala.

“Emosi saya jadi kacau bilau, tolong jangan ungkit kisah lama,” katanya.

Dewi atau juga dikenali sebagai Depe kini nekad mahu menjalani kaedah rawatan kesuburan In-vitro (IVF) andai suatu hari nanti inginkan cahaya mata.

Masih menganggap dirinya muda iaitu baru berusia 38 tahun, selebriti yang pernah bergambar separuh lucah itu sudah membekukan tujuh telurnya.

Proses tersebut dilakukan sebagai persediaan keperluan masa depan bagi mendapatkan zuriat sendiri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI