fbpx

EFL: Sejarah sepakan penalti paling banyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEDSON (kiri) muncul wira Preston apabila meledak gol pada sepakan penalti terakhir untuk menyingkirkan Fulham awal pagi semalam. - FB PRESTON NORTH END

PRESTON – Pasukan Liga Kejuaraan, Preston North End berjaya menyingkirkan Fulham pada pusingan ketiga Piala Liga Inggeris menerusi penentuan sepakan penalti yang menjadi sejarah baharu saingan itu.

Perlawanan tersebut berakhir dengan 1-1 pada waktu sebenar permainan sebelum diherat ke penentuan sepakan penalti yang menyaksikan 34 sepakan diambil sebelum Ryan Ledson muncul wira Preston meledak gol terakhir selepas Timothy Castagne gagal melakukannya untuk Fulham.

Pada penentuan tersebut, kedua-dua pasukan gagal menjaringkan gol pada sepakan ke sembilan Kaine Kesler-Hayden (Preston) dan Jorge Cuenca (Fulham) sebelum Castagne mengecewakan Fulham pada penalti ke-17 dengan rembatan melambung tinggi.

Pengurus Fulham, Marco Silva membuat rombakan besar untuk aksi tersebut, namun perubahan tersebut memakan diri apabila mereka tersingkir seawal pusingan ketiga biarpun turun dengan status semi finalis musim lalu.

Bagaimanapun, Silva memuji persembahan yang dipamerkan oleh para pemainnya sepanjang perlawanan tersebut dan menganggap nasib tidak menyebelahi mereka menerusi sepakan penalti tersebut.

“Saya fikir kami sudah memberikan aksi terbaik sepanjang 95 minit perlawanan untuk memenangi aksi kali ini. Sejak minit pertama, kami berjaya mengawal permainan dan mencipta peluang yang cukup untuk menghasilkan gol.

“Kami mencipta dua atau tiga peluang terbaik untuk disudahkan dengan jaringan. Kami menunjukkan reaksi yang baik pada babak kedua dengan mendapatkan gol penyamaan biarpun ketinggalan di separuh masa pertama,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI