fbpx

EFL: Rashford ‘sebenar’ sudah kembali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RASHFORD (kanan) meledak dua gol ketika membantu United membelasah Barnsley awal pagi semalam. - FB MANCHESTER UNITED

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag percaya pemain bintangnya, Marcus Rashford sudah kembali menemui sentuhan terbaiknya semula dan mampu mengekalkan prestasi itu sepanjang musim ini.

Rashford menamatkan kemarau gol selama enam bulan ketika meledak satu gol membantu United menewaskan Southamptin 3-0 sebelum ini dan turut menyumbang dua gol ketika pasukan itu membelasah Barnsley 7-0 pada aksi pusingan ketiga Piala Liga Inggeris awal pagi semalam.

“Keyakinan adalah perkara yang utama walaupun ia bukanlah segala-galanya. Saya fikir Rashford memiliki aura besar, dia telah menjaringkan banyak gol, berada dalam senarai antara penjaring terbanyak kelab ini dan saya tidak meraguinya,” jelasnya.

United tidak pernah meledak jaringan lebih daripada empat gol di bawah bimbingan Ten Hag dan Barnsley juga sebelum ini pernah dibelasah dengan jumlah jaringan sama oleh The Red Devils pada aksi Liga Perdana Inggeris musim 1997.

Selain Rashford, Alejandro Garnacho dan Christian Eriksen turut meledak dua gol manakala Antony berjaya menyempurnakan sepakan penalti sekali gus menjadi kemenangan terbesar buat United dalam tempoh tiga tahun setengah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI