fbpx

Counter setting: Pegawai ‘berpengaruh’ JIM dijangka dituduh Oktober depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZAM bercakap pada pemberita di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA- Seorang pegawai Jabatan Imigresen (JIM) ‘berpengaruh’ dalam sindiket membawa masuk warga asing menggunakan modus operandi ‘counter setting’ dijangka dituduh di mahkamah pada awal Oktober ini.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki turut mengesahkan pegawai berusia awal 40-an itu merupakan dalang utama dalam sindiket berkenaan.

Menurut beliau, pegawai terbabit berjaya diberkas SPRM pada 5 September lalu selepas dipercayai melarikan diri sebaik sahaja operasi siasatan kes itu bermula.

“Itu yang salah seorang yang kita tangkap (dalang utama), dia mengawal lebih kurang dalam 50 pegawai sebab dia yang berpengaruh, dia ‘focal person’ untuk menjadi perantara.

“Ia supaya pegawai imigresen terlibat melaksanakan apa yang diarahkan oleh beliau,” katanya menerusi sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.

Berita lanjut menyusul. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI