COLUMBUS, OHIO – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun di Ohio memandu kereta milik ibunya sejauh 16 kilometer untuk membeli-belah di sebuah pasar raya, lapor akhbar Metro UK.
Keluarga kanak-kanak itu menghubungi polis sekitar pukul 7 pagi (waktu tempatan) pada Ahad lalu, selepas dia bersama kenderaan ulitili sukan (SUV) jenama Nissan hilang dari rumah.
Menurut laporan Jabatan Polis Bedford, rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) daripada jiran memaparkan SUV itu dipandu gadis berkenaan seorang diri.
Polis juga menerima aduan mengenai seorang kanak-kanak memandu SUV di Jalan Rockside, yang sepadan dengan aduan sebelumnya.
“Kami kemudian mendapat panggilan bahawa kereta itu berada di tempat letak kenderaan di Target di Bainbridge dan dia berada di dalamnya.
“Ahli keluarga kemudian menghubungi pasar raya itu dan membawa kanak-kanak tersebut pulang bersama SUV mereka,” tambahnya. – AGENSI