fbpx

Bapa, anak parah dihempap dahan pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Motosikal dinaiki mangsa yang dihempap dahan pokok di Jalan Kamunting, Taiping hari ini. - Foto IHSAN JBPM

TAIPING – Seorang bapa dan anak perempuannya parah setelah motosikal ditunggang dihempap dahan pokok di Jalan Kamunting berdekatan Taman Glenview di sini kira-kira pukul 12.53 tengah hari tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, turut terlibat dalam kemalangan itu ialah lima lagi individu berusia lingkungan 16 hingga 35 tahun.

“Berlaku kejadian pokok tumbang menyebabkan dua buah kenderaan dihempap dahan pokok iaitu sebuah kereta jenis Produa Alza yang dinaiki lima orang mangsa dengan dua daripadanya mengalami kecederaan ringan.

“Tiga lagi mangsa selamat manakala sebuah lagi kenderaan jenis motosikal Yamaha menyebabkan penunggang dan pembonceng yang dipercayai bapa berusia 40-an dan anak (15 tahun) cedera parah serta tidak sedarkan diri,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, Ketua Operasi melaksanakan size-up seterusnya mengarahkan anggota membuat kerja-kerja memotong dahan pokok hingga keadaan benar-benar selamat.

“Mangsa yang cedera telah diberi rawatan awal sebelum diserahkan pada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI