fbpx

Banjir Kedah: Mangsa banjir kini 2,251 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM meninjau lokasi banjir di Kampung Padang Luar di Jitra, semalam. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR – Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat kepada 2,251 orang daripada 397 keluarga sehingga pukul 9.30 pagi tadi.

Bilangan itu meningkat seramai 199 orang berbanding 2,052 mangsa yang dicatatkan pada pukul 11.30 malam tadi.

Menurut data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) kekal di 11 lokasi di enam daerah membabitkan Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Kubang Pasu, Kuala Muda dan Kulim.

Daerah Pokok Sena mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu seramai 1,018 orang, diikuti Pendang (715), Kubang Pasu (301), Kulim (108), Kota Setar (55) dan Kuala Muda (54).

Sementara itu, lapan sungai di Kedah yang berada pada paras bahaya adalah Sungai Laka, Sungai Bata, Sungai Padang Terap, Sungai Perik, Sungai Anak Bukit di dua lokasi, Sungai Titi Kerbau dan Sungai Gurun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI