fbpx

Banjir Kedah: 2,052 mangsa di 11 PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan banjir di Kampung Padang Luar di Jitra, hari ini. Foto oleh SHAHIR NOORDIN/ KOSMO!

ALOR SETAR – Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 2,052 orang daripada 345 keluarga sehingga pukul 11.30 malam ini.

Mengikut data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa itu ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah terjejas melibatkan daerah Kota Setar, Pokok Sena, Kubang Pasu, Pendang, Kuala Muda dan Kulim.

Jumlah mangsa banjir paling ramai adalah di PPS Maahad Tarbiah Islamiyah Derang di daerah Pokok Sena iaitu seramai 718 orang, diikuti PPS Dewan Kompleks Rakan Sukan Tanah Merah di daerah Pendang membabitkan 678 mangsa.

Seterusnya PPS SK Bukit Hijau di daerah Pokok Sena (230 orang), Dewan PPK Lubuk Batu di daerah Kubang Pasu (92 orang) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun (90 orang). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI