fbpx

10 juta pelancong masuk ke Johor tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGARAH Tourism Johor, Shahril Nizam Abdul Rahim pada Majlis Perasmian Pembukaan Kluang Railcoffee Cawangan Kota Masai, Pasir Gudang di sini, hari ini. – Foto oleh RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Pelbagai projek pembangunan yang sedang dilaksanakan di Johor tidak menjejaskan sasaran kehadiran pelancong ke negeri ini yang dianggarkan seramai 10 juta orang, tahun ini.

Pengarah Tourism Johor, Sharil Nizam Abdul Rahim berkata, hal itu kerana Johor menawarkan banyak tarikan pelancongan yang menarik dan tidak hanya tertumpu di satu-satu daerah sahaja.

Selain itu katanya, kerancakan pembangunan hartanah itu juga tidak menjejaskan persiapan pihaknya dalam menjayakan sambutan Tahun Melawat Johor 2026 (TMJ 2026).

“Kesemua pembangunan infrastruktur seperti pengangkutan awam, pelebaran jalan dan sebagainya tidak menjejaskan sektor pelancongan negeri, apatah lagi sambutan TMJ 2026.

“Ini kerana ada infrastruktur yang telah dan akan siap tahun ini, manakala ada lagi infrastruktur lain yang akan siap tahun depan, jadi persiapan menjelang TMJ 2026 berjalan lancar,” katanya kepada pemberita semasa merasmikan pembukaan Kluang RailCoffee Cawangan Kota Masai, di sini hari ini.

Sharil Nizam turut memberitahu, kesesakan jalan raya khususnya melibatkan laluan-laluan utama di negeri ini adalah petanda positif bahawa pelancongan Johor terus meningkat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI