MUAR – ‘Abang bas’ yang sebelum ini didakwa atas pertuduhan melakukan amang seksual kanak-kanak dan membuat komen bersifat jelik terhadap video seorang kanak-kanak dibebaskan selepas bayaran jaminan sebanyak RM40,000 dibuat di Kompleks Mahkamah Muar, hari ini.
Pemuda berusia 24 tahun itu pulang ke pangkuan keluarga selepas proses jaminan selesai sepenuhnya pada pukul 11.55 pagi tadi dengan diwakili Peguam Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar dan Muhammad Hariz Md. Yusoff.
Lebih 15 ahli keluarganya, termasuk ibu dan bapanya telah berada di pekarangan mahkamah seawal pukul 8.30 pagi tadi bagi membawa pulang tertuduh yang telah ditahan sejak 6 September lalu oleh pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Kluang. – KOSMO! ONLINE