fbpx

UCL: Bayern perlu waspada jerat Dinamo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAYERN meraih tonik sebelum berdepan Dinamo ketika mereka mencatat kemenangan besar ke atas Holstein Kiel kelmarin. - AFP

MUNICH – Jurulatih skuad remaja Croatia, Ivica Olic memberi amaran kepada Bayern Munich agar mereka tidak memandang mudah cabaran Dinamo Zagreb dalam aksi Liga Juara-Juara yang berlangsung di Allianz Arena awal pagi esok.

Olic yang pernah beraksi bersama kedua-dua pasukan tersebut menjelaskan bahawa, Sergej Jakirovic yang kini memimpin Dinamo Zagreb akan menyajikan persembahan terbaik mereka di pentas Eropah ketika berdepan pasukan pilihan seperti Bayern Munich.

“Apa yang boleh saya katakan, Dinamo adalah sebuah pasukan yang mempunyai keyakinan yang cukup tinggi dan mereka akan berjuang habis-habisan pada pertembungan di Allianz Arena nanti.

“Mereka tahu bahawa Bayern adalah pasukan pilihan, tetapi ia akan menjadi kekuatan kepada Dinamo untuk memberikan persembahan terbaik mereka nanti.

“Dinamo mempunyai kekuatan terutama beraksi di laman sendiri kerana sebelum ini mereka pernah menewaskan Tottenham Hotspur dan Atalanta di Zagreb. Penyokong mereka boleh membantu mereka mencapai kemenangan besar. Saya harap Bayern berhati-hati dengan semangat juang tinggi mereka,” kata Olic.

Tegas Olic, Dinamo adalah sebagai kelab paling berjaya di Croatia dengan 18 kejuaraan domestik sejak 2006 selain turut melahirkan pemain berbakat seperti Luca Modric dan juga Josko Gvardiol.

Bagaimanapun, Olic yakin bahawa Bayern Munich mampu menggunakan kesempatan beraksi di laman sendiri sebagai kekuatan utama mereka kerana kerana pasukan itu pernah menewaskan Dinamo dengan jaringan besar 5-0 di Munich pada 2015. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI